Bagaimana Memasarkan Produk Melalui Forum?

December 24, 2008 by manual

Pemasaran forum merupakan salah satu teknik pemasaran yang menguntungkan sekiranya dilakukan dengan teknik dan cara yang betul. Pemasaran forum menjadi teknik pemasaran yang sangat berkesan sejak awal tahun 2005 sehingga sekarang.

Pemasaran forum merupakan teknik yang terbaik untuk memasarkan sebarang produk terutama sekali yang melibatkan produk berkonsepkan informasi dan dalam bentuk digital. Meskipun ramai yang telah berjaya memasarkan produk mereka secara meluas melalui pemasaran forum namun masih ada segelintir pihak yang menyalahgunakan forum sebagai medan pemasaran mereka. Penyalahgunaan ini telah menyebabkan teknik pemasaran ini sering di salah anggap sebagai teknik yang “kotor” dan tidak berkesan.

Oleh yang demikian, saya akan berkongsi beberapa teknik pemasaran yang betul melalui pengalaman saya sendiri dan juga beberapa rakan yang lain. Semoga ebook ini akan membantu anda lebih memahami teknik pemasaran forum yang lebih berkesan dan efektif.

Meskipun kebanyakkan contoh yang di ambil dari forum DigitalPoint dan WangCyber, namun anda boleh mengaplikasikan teknik ini di forum yang lain. Mengapa saya menjadikan dua forum ini sebagai contoh? Ini kerana dua forum ini merupakan antara forum yang menjadi medan pemasaran bagi market antarabangsa dan juga tempatan.

Saya akan cuba merungkai permasalahan berkaitan dengan pemasaran forum dengan memecahkannya kepada beberapa bahagian berdasarkan keperluan pembaca.

Bahagian pertama, Asas Pemasaran Forum akan menghurai keperluan seorang ahli baru dalam usaha membina profil yang positif. Bahagian ini juga akan berkongsi beberapa perkara yang perlu di elakkan dalam usaha mendapatkan reputasi yang baik sebagai seorang ahli yang aktif.

Bahagian seterusnya, Membuat Keuntungan Dari Profil saya akan berkongsi bagaimana saya membayar beberapa domain dan hosting dengan hanya menjual profil positif saya di forum. Disini juga saya akan berikan beberapa tips untuk memastikan profil anda mampu dijual.

Bahagian ketiga, Mencipta Produk / Servis Yang Boleh Dijual merupakan bahagian yang agak kritikal dan memerlukan “split test”. Tidak ada rahsia kejayaan dalam proses jual beli di forum memandangkan setiap ahli memiliki kriteria dan kemahiran menjual yang berbeza. Namun, di bahagian ini saya akan berkongsi beberapa strategi yang diguna pakai dalam usaha untuk mendapatkan perhatian dari ahli forum yang lain dan dalam masa yang sama membuat jualan.

Bahagian terakhir, Bagaimana Menjadi Usahawan Forum Yang Berjaya akan mendedahkan bagaimana anda mampu membina reputasi yang baik dan dalam masa yang sama mengelakkan diri dari scammer. Malahan bahagian terakhir ini akan menyingkap bagaimana ahli yang aktif menjana kewangan melalui forum dengan membiarkan orang lain bekerja untuk mereka.

Anda boleh dapatkan maklumat lengkap didalam ebook percuma pemasaran forum:

http://www.panduanminisites.com/bonusharijadi/Pemasaranforum.zip

Share and Enjoy: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • del.icio.us
  • Netvouz
  • DZone
  • ThisNext
  • MisterWong
  • Wists

Leave a Reply