Bengkel Wordpress Batch 2

April 28, 2009 by manual

Pada ahad yang lepas bengkel wordpress sesi ke dua telah berjaya diadakan. Bengkel Wordpress kali ini ditambah baik dengan kehadiran pakar SEM iaitu Amirul Faisyal, pakar PPC Uzair dan mentee uzair iaitu Alan dan pakar amik video dan picture yang sangat besar, Ijam.Thanks for keep supporting me..hoiyee..

Oklah, bengkel kali ini mempunyai beberapa tambahan dari skop SEO dan habis agak lewat dan rasanya banyak lagi mcm nak share tp terpaksalah kami sambung di forum nanti. Walau bagaimanapun rata-rata dah mempunyai “cahaya” untuk bermula dengan dunia pemasaran internet dan blogging. Ramai yang merasakan blogging ni tak berapa penting sehinggalah mereka disedarkan dengan kuasa traffic yang boleh diberikan oleh blogging secara percuma. Ya..Percuma. Ada yang menghantar sms kerana sales letter sy yang kelihatan lebih focus kepada kewangan. Namun tidak ada maknanya jika kita terlalu memfocuskan pada kewangan dan terlupa untuk membina nilai perniagaan yang sebenar iaitu kredibiliti dan networking.

Wordpress bukanlah semata-mata kepada blogging platform, dan Alhamdulillah saya dapat menyedarkan ramai peserta dengan kehebatan platform Wordpress ini. Jangan memandang mudah dengan Kuasa SEO yang diberikan oleh Wordpress. Ok, saya mungkin tidak bekerja dengan kumpulan Wordpress tetapi menggunakan Wordpress sejak awal tahun 2006 membuktikan bekas pelajar Kejuruteraan Kimia yang hanya tau main games jerk ni mampu membina hampir 90% laman web sedia ada dengan hanya menggunakan Wordpress. Saya tidak pernah membayar untuk memiliki laman web Wordpress yang kini menjana pendapatan pasif untuk saya setiap bulan. Jadi mengapa anda perlu membayar saya?

Ini kerana saya mengambil masa yang agak lama untuk menguasai asas di dalam pembinaan laman web menggunakan Wordpress dan menjana trafik dan pendapatan ke laman web tersebut. Jika anda memiliki banyak masa dan lebih suka untuk mendapatkan maklumat secara percuma tidak ada paksaan untuk menghadirkan diri ke Bengkel Wordpress saya.Ya..Saya hanya memerlukan peserta yang betul2 datang ke bengkel untuk memendekkan learning curve mereka. TAHNIAH..bagi mereka yang telah hadir dan sekarang tersenyum dengan traffic melebihi 100 UV/sehari dalam masa 3 minggu selepas pulang dari bengkel!

Bengkel Wordpress Batch 2 menunjukkan kehadiran lebih ramai kaum lelaki yang membuktikan keprihatinan mereka untuk menghasilkan laman web sendiri semasa di Bengkel Wordpress. Malahan peratus yang menyertai Forum VIP Bengkel Wordpress juga agak tinggi dan gabungan Batch 1 dan 2 pastinya akan membantu mereka mengembangkan lagi pengetahuan dan perniagaan internet mereka.

Kepada mereka yang tinggal di Negeri Sembilan, adakah anda menantikan kehadiran Bengkel Wordpress di sana?

Share and Enjoy: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • del.icio.us
  • Netvouz
  • DZone
  • ThisNext
  • MisterWong
  • Wists

Comments (1)

 

  1. ijamidayu says:

    Salam sis.. Wah.. Memang meriah.. Besaq erk.. Hahahahah… Apa pun, siapa lagi kalo bukan member support member ye tak..

Leave a Reply