Bengkel WordPress March 2009

March 12, 2009 by manual

Salam,

WordPress merupakan salah satu medium untuk kita membangunkan bukan sahaja blog tetapi pelbagai jenis laman web yang lain. Jadi matlamat bengkel ini di adakan ialah untuk memastikan anda menggunakan WordPress sebagai laman web perniagaan yang mudah untuk dibina dan di urus.

Bengkel yang akan di adakan pada 28hb March ini merupakan satu pendedahan baru buat peniaga-peniaga internet yang sering mengalami masalah dalam menampung kos pembinaan dan penyelenggaraan laman web perniagaan mereka. Ini kerana tanpa pengetahuan teknikal yang asas anda akan menghadapi masalah menyelenggara dan ini akan menambah kan kos perniagaan anda. Mungkin ramai yang ingin membandingkan kelebihan dan kekurangan WordPress yang kini di gelar sebagai “CMS ajaib” dengan pelbagai lagi CMS seperti Joomla, PHPNuke, Drupal dan sebagainya.

Hakikat yang sebenar WordPress merupakan platform CMS termudah yang mungkin tidak ramai menyedarinya. Anda yang merasakan WordPress terlalu complicated sehinggalah mereka menghadiri personal couching bersama saya sama ada secara online ataupun face to face. Saya bukanlah seorang tenaga pengajar dalam kehidupan seharian, namun berkongsi pengetahuan dan pengalaman dengan pelanggan saya membuatkan ilmu yang sedia ada semakin berkembang.

Oleh yang demikian, saya mengambil keputusan untuk mengendalikan Bengkel WordPress bagi membantu lebih ramai lagi rakan-rakan dalam perniagaan tidak kira secara offline ataupun online. Bagi mereka yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan Bengkel WordPress ini bolehlah melayari laman web dibawah:

Bengkel WordPress | Bina Laman Web Peribadi Dan Perniagaan Anda

Terima Kasih

Share and Enjoy: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • del.icio.us
  • Netvouz
  • DZone
  • ThisNext
  • MisterWong
  • Wists

Leave a Reply