Mencari Punca Kewangan Terbaik

September 5, 2009 by manual

Dibulan Ramadhan yang mulia ini pelbagai isu berlaku dalam kehidupan seharian kita sama ada sebagai seorang blogger ataupun internet marketer. Tidak dapat dinafikan kita sering terpengaruh dengan pelbagai sumber pendapatan yang tidak kira dari pelbagai sumber. Ada di antara kita yang terkabur dan lupa untuk mengkaji sumber sebenar pendapatan yang kita perolehi sama ada dari sumber yang halal atau tidak.

Tidak dapat dinafikan wujud pelbagai skim yang dimana sumbernya sangat2 diragui namun sebagai manusia yang naif dan dibutakan dengan wang ringgit ramai yang memejamkan mata dan memekakkan telinga dan menerima bulat-bulat sumber kewangan tersebut tanpa usul periksa.

Isu kali ini diperdebatkan oleh saya bersama seorang rakan yang secara langsung pada saya tidak layak di gelarkan peniaga yang jujur.  Perbualan kami sebenarnya berkisarkan pada produk offline yang dijual oleh beliau, kebetulan dia mempunyai stock yang berlebihan dan mempelawa saya menjadi agent dengan modal yang berpatutan. Soalan pertama saya sudah awal-awal kantoi namun peniaga yang tidak jujur biasanya lebih suka menegakkan benang yang basah. Sejujurnya saya tidak boleh menerima peniaga sama ada offline mahupun online tidak jujur dengan produk jualan mereka. Kita boleh menipu dan anggap sahaja perkara tersebut kecil,namun kesannya…Biarlah Allah yang menentukan nasib badan mereka ini. Perbualan kami tamat dengan ayat selamba saya “Jangan ko ingat pengguna skang ni bodoh sangat, mereka pun dah pandai..Ingat mudah-mudah ko boleh senang dengan menipu”.

Saya bukanlah seorang yang baik sangat namun apabila terang-terangan orang ajak saya meniaga melalui punca yang tidak tulus hati saya seperti dibakar-bakar. Biarlah rezeki saya tidak sehebat para blogger atau internet marketer yang lain. Cukuplah saya bahagia dengan apa yang saya lakukan dan rezeki saya sekarang. Sesungguhnya mencari punca kewangan yang terbaik dan halal itu merupakan tuntutan utama sebagai seorang Islam. Matlamat tidak sesekali menghalalkan cara.

Saya menanti rakan saya dalam kisah kali ini menelefon saya semula..Nampaknya sudah panas telinga. Maaf saya pohon pada dia kerana menyakiti hatinya meskipun saya tahu niat dia baik untuk membantu saya menambah punca kewangan.

Bagi mereka yang berniat untuk mencari duit mudah dengan melakukan perkara yang tidak tulus, saya harap lupakan sahaja niat anda kerana dunia ini berputar kemana sahaja anda lari suatu hari nanti kita akan ketemu semula. Oh..ayat ini ingin saya biaskan pada seseorang..Tak payahlah nak berselindung atau lari dari mengembalikan hak saya. Malahan berani membuat statement seperti tidak bersalah..Ya..Takperlah didunia ni buatlah cerita bohong selalu..

Share and Enjoy: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • del.icio.us
  • Netvouz
  • DZone
  • ThisNext
  • MisterWong
  • Wists

Comments (2)

 

  1. pedasnya ayat..tapi kekadang kita kena tegas dan tunjukkan pendirian kita baru org tak leh pijak kepala kita.

    Memang betul sekarang ni terlampau byk skim dan cara buat duit di internet sehinggakan susah nak bezakan yg mana menipu yang mana yang betul nih.

    Bagi org baru atau pertama kali dgr mesti rasa teruja tapi bila dah terkena mula salahkan “perniagaan internet adalah penipu”

  2. catzer says:

    Betul tu..kadang kala tak terjawap (malas nak menjawap) bila org dok tanya skim2 tertentu..Sy tak boleh terima sbb dah lah meniaga dibulan puasa then nak menipu pula..nampak sgt musryik nya kawan sy tu..Sib baik ckp kat telefon kalau depan2 dah kena bambu dah :P

Leave a Reply