Mengapa Memilih Perniagaan Internet?

May 20, 2009 by manual

Minggu ini selama dua hari berturut saya membantu seorang rakan membina laman web untuk syarikat kepunyaan beliau. Meskipun agak sukar untuk mengajar beliau namun ada beberapa saat terdetik di hati saya betapa insan di hadapan mata saya ini mempunyai kesungguhan dalam membina laman web pertama sejak 40 tahun beliau lahir ke dunia. Dengan pengetahuan yang kurang tentang komputer dan internet saya sehabis daya membantu seadanya. Adakalanya saya kerisauan kerana tidak mahu beliau berputus asa sejurus pulang ke rumah. Hatta sehingga ke saat ini hati saya masih tertanya-tanya bagaimana saya ingin membantu beliau pada kos paling minimum dalam memasarkan laman web tersebut nanti. Insya-Allah semoga Allah mempermudahkan jalan dalam perniagaan beliau dan saya sendiri nanti.

Kali ini saya berkongsikan pengalaman sebenar mengapa saya memilih perniagaan internet berbanding bidang perniagaan yang lain. Hakikatnya tidak terlintas sedikitpun di fikiran saya untuk menjerumuskan diri didalam sebarang jenis perniagaan. Ini kerana sejak kecil lagi saya telah diterapkan dengan konsep perniagaan oleh ibu bapa saya. Ada satu masa saya “mengamuk” dalam hati benci kan kehidupan sebagai anak seorang peniaga. Saya tidak mempunyai banyak masa untuk dihabiskan bersama rakan-rakan sebaya kerana membantu perniagaan keluarga. Ini kerana ayah saya seorang buta huruf jadi adalah menjadi tanggungjawap saya memastikan setiap pembayaran di uruskan dengan betul.

Rutin hidup saya sejak berusia 6 tahun ialah membantu perniagaan keluarga. Mak dan ayah saya pernah terlibat dengan program MLM “Fortune”. Wow..masa tu ligat jari saya menekan calculator mengira stock dan menguruskan  kewangan perniagaan MLM tersebut. Dalam masa yang sama ayah saya mengimport produk “A” masuk ke kampung kami, sebagai sole distributor memang tak menang tangan saya membantu ayah menguruskan perniagaan tersebut sehinggalah suatu masa di masa ayah saya sakit kuat dan perniagaan tersebut terpaksa di hentikan kerana ramai yang berhutang “pura-pura” tidak tau. Ayah saya sakit selama 3 tahun dan masa itu saya ditugaskan untuk membantu abang menguruskan perniagaan kedai makanan yang dibuka oleh mak sy ketika saya berumur 10 tahun. Bermula pada itulah saya memfocuskan kepada pengurusan kedai makanan hinggalah saya tamat peperiksaan SPM. Selama beberapa tahun itu ada beberapa perniagaan sampingan lain yang diuruskan oleh abang-abang dan kakak ipar saya. Dan kini ada beberapa perniagaan lain yang diuruskan oleh adik saya pula..Bagusnya ada ramai saudara lelaki :)

Terjerumus dengan pelbagai bidang perniagaan langsung tidak membuatkan saya untuk menceburi bidang ini. Malahan saya merasakan “lemas” dengan dunia perniagaan dan ingin mengejar cita-cita saya menjadi seorang jurutera sehinggalah saya tamat belajar di UiTM pada hujung tahun 2006.

Pada hujung tahun itu jugalah saya ditimpa kemalangan motor dan menyebabkan saya tidak boleh berjalan selama 4 bulan. Tempoh ini amat menyakitkan bukan kerana kaki yg sakit tetapi saya dapat melihat impian untuk mengejar cita-cita saya semakin jauh. Dalam tahun yg sama sy sudah berjinak-jinak dengan blogging dan membantu beberapa orang rakan dalam “SEO”.

Saya nekad tidak mahu pulang ke kampung dan “menyusahkan” keluarga. Saya tidak boleh bekerja kerana kecederaan kaki dan apa yang saya ada hanyalah laptop, sambungan internet dan sedikit wang simpanan. Perniagaan internet adalah satu-satunya pilihan yang saya ada dan pada awalnya tidak dpt saya nafikan perasaan “TERPAKSA”. Dengan perasaan berbelah bahagi selama hampir dua tahun saya meneruskan aktiviti perniagaan internet saya sama seperti mereka yang menguruskannya secara sepenuh masa. Ini kerana “passion” sebenar saya ialah cita-cita yang saya tanamkan sejak kecil lagi.

Walau bagaimanapun, masuk tahun ke tiga penglibatan saya dalam perniagaan internet saya mengambil keputusan tidak akan memandang ke belakang lagi..Unless mmg ada rezeki ke arah cita-cita saya akan turuti juga. Tetapi saya tidak sesekali mengejar cita-cita itu. Sekurang-kurangnya saya mempunyai sesuatu yang ada di antara kita memandangnya sebagai keperluan, iaitu pendidikan. Saya tidak segan berkongsi kelemahan diri saya sendiri sekiranya ianya menjadi panduan dan pengajaran bagi orang lain.

Apa sebab anda memilih perniagaan internet itu tidaklah sepenting apa yang anda ingin capai dalam perniagaan internet. Pada saya pencapaian itu lebih penting dalam apa segi kehidupan pun. Jadi jika anda ragu-ragu dalam perniagaan internet ini bukan kerana anda tidak pasti dengan keinginan tetapi ialah lebih menjurus kepada was-was dengan kemampuan diri sendiri dalam perniagaan internet.

Salam kejayaan untuk apa jua bidang yang anda lakukan sekarang.

Share and Enjoy: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • del.icio.us
  • Netvouz
  • DZone
  • ThisNext
  • MisterWong
  • Wists

Comments (15)

 

  1. Cerita yang benar-benar memberi inspirasi!

    Terima kasih kerana ini entri yang sangat membuka mata.

  2. Kisah yang menyentuh perasaan aku. Ko dah sihat dari demam Catz? Get well soon!

  3. yasir says:

    memang dari keluarga orang meniaga sis catzer nih….

    yup,kita kena ada sebab yang besar utk melakukan sesuatu perkata tuh….

  4. Mohd Hafifi says:

    cerita yang menarik..saya skrg masih membantu mak saya menjual di kedai.. :-)

  5. Mezain says:

    Salam Catz…dah sihat?

    Pengalaman yang menarik Catz…setiap keinginan pasti seiring dengan usaha yang dijalankan. Keinginan saja belum cukup untuk mencapai apa yang dihajati. Ilmu juga sangat penting untuk mengurangkan perasaan was was dengan kemampuan diri.

  6. pedagangIT says:

    info yang menarik …
    jalan kehadapan bukan kebelakang… :)

  7. newacx says:

    Great post catzer, jangan pandang belakang…huh, itu cerita hantu sebenarnya tu..hehe.

  8. Fatin Pauzi says:

    Jelas sangat2 ade hikmah di sebalik ko exsiden sampai tak leh jalan 4 bulan tu. Ko sukses dlm bidang ni catz, bukan dalam kejuruteraan.

  9. abgzol says:

    Terima kasih catzer cerita yg sungguh menginspirasikan. Tak lupa saya juga ucapkan terima kasih coz atas nasihat catzer dlm forum TanyaSifu.com agar saya mula bina blog sendiri..dan akhirnya berjaya juga saya bina Zolkie dot Com (heheheh..itu pun kalau catzer masih ingat ler post tu). Memang betul dlm menjalankan perniagaan internet ni kalau tak kuat semangat..mudah betul rasanya nak putus asa. Ingatkan mudah jer dpt duit di internet..rupa2nya takdek beza gak dgn perniagaan konvensional sebab memerlukan komitment yang konsisten..

  10. bib says:

    Kejadian yang berlaku adalah takdir.
    “Qada dan Qadar dariNya”
    namun begitu kita perlu berusaha;
    semangat,berusaha,berdoa= kejayaan.Amin.

  11. Leeza says:

    alah bisa tegal biasa …. betul ker? heh heh
    mmg benar bukan mudah utk berjaya lebih2 lagi usaha yg dilakukan sendirian, time ni lar baru terpikir, dulu aku pernah kerja company IT selama 2thn tapi x pernah menggunakan peluang yg ada depan mata .. tapi maybe masa tu pun bisnes internet ni belum rancak lagi …. anyway selamat berjaya utk anda seterusnya ….

  12. MY says:

    Rasa TerMotivasi membaca kisah ini. Semakin jelas lah pembaca diluar sana, ‘Mengapa Kita Memilih Perniagaan Internet”

  13. catzer says:

    Terima kasih kepada rakan2 yg sudi meninggalkan komen bg post kali ini. Sebenarnya sy masih selesema dan batuk jadi tidak dpt online kerap.

    Di harap post ini memberikan inspirasi bagi mereka yang betul2 ingin bergiat secara serius dalam perniagaan internet.

  14. yuzmir says:

    huh…terharu pun ade…
    semangat tu yg penting…
    cy la catzer…

  15. Robotys says:

    Agak betol la jugak instinct patik tentang tuan hamba : “Sumthing happened kat dia nih, tuh pasal jadik camnih” … but luckily its a good think!

    Pengalaman adalah cekgu paling garang sekali. Kalau silap sikit mmg sakit la.. tapi pengajarannya memang melekat kat benak sampai ke liang lahad…

Leave a Reply