Mudah Ke Membina Blog Perniagaan?
June 7, 2009 by manual
Sejak saya menjejakkan kaki ke dalam dunia pemasaran internet saban hari pertambahan penggunaan blogspot sebagai kedai maya semakin meningkat. Alhamdulillah itu merupakan petanda yang menunjukkan perniagaan menggunakan internet sebagai media pemasaran semakin berkembang baik dan membantu peniaga kecil di Malaysia.
Suatu ketika dulu ramai yang menyatakan perniagaan yang menggunakan blogspot tidak kelihatan professional dan tidak membantu perniagaan. Namun dari pandangan peribadi saya ianya suatu yang mengkagumkan apabila melihat ramai golongan peniaga kecil terutama sekali golongan wanita mampu membina blog perniagaan mereka menggunakan blogspot dan menjana pendapatan dari pemasaran produk mereka menggunakan blogspot.
Sebagai seorang pengguna tegar Wordpress saya tidak sama sekali memandang rendah pengguna blogspot ini kerana sebagai seorang blogger saya juga pernah mempunyai pelbagai jenis blog menggunakan blogspot meskipun blog pertama saya telahpun dibina menggunakan wordpress. Ini kerana setiap platform laman weblog mempunyai kelebihan masing-masing dan ianya bergantung kepada keperluan individu tersebut. Adakalanya peniaga kecil ini hanya ingin memiliki blog perniagaan kerana ianya lebih mudah untuk memaparkan produk mereka kepada bakal pelanggan. Dengan pertambahan pengguna internet setiap hari mereka tidak mahu ketinggalan untuk mencuba nasib mempromosikan produk mereka secara online.
Suatu ketika dulu, kita merasa janggal melihat produk seperti kain tudung,contact-lens, ubat kesihatan,produk MLM dan sebagainya dijual secara online. Ini kerana persoalan seperti bagaimana pelanggan ingin membuat pembayaran,bagaimana jika produk tersebut tidak seperti yang digambarkan,dan pelbagai persoalan lagi yang menyebabkan ramai lari dari membina laman blog perniagaan mereka.
Sejak 2 tahun kebelakangan ini, kaum wanita mempelori pelbagai jenis perniagaan melalui pemasaran internet. Malahan kebanyakkan laman blog perniagaan mereka di bina menggunakan blogspot. Sejujurnya ramai di antara mereka bukan tidak mampu membayar domain dan hosting, namun kerana blogspot adalah percuma dan mudah untuk diuruskan ramai di antara mereka memilih untuk membina blog menggunakan blogspot. Tambahan lagi pertambahan rakyat Malaysia yang membeli secara online menunjukkan kepercayaan kepada perniagaan online semakin tinggi dan asalkan kita menunjukkan prosedur pembelian yang tepat dan jujur dalam perniagaan online saya pasti akan bertambah wanita yang bekerja hanya dari rumah.
Baiklah disini saya ingin kongsikan beberapa tips untuk membina blog perniagaan menggunakan blogspot:
Tips Pertama: Di dalam ebook panduan manual newbie saya ada kongsikan bagaimana kita ingin membina blog menggunakan blogspot. Jika ada yang telah “kehilangan” ebook tersebut boleh muat turun semula menggunakan link dibawah:
http://free.directorysavvy.com/19manualnewbie.pdf
Pastikan anda memilih domain yang sesuai dengan perniagaan anda. Jika anda menjual pelbagai jenis produk dalam satu blog anda boleh menggunakan nama yang umum seperti:
kedaionlineterkini.blogspot.com
Tips Ke Dua: Senaraikan produk anda berdasarkan ciri-ciri tertentu contohnya jika anda menjual tudung secara online. Pastikan Anda membuat post berkaitan produk secara tersusun mengikut jenis tudung/warna tudung/harga tudung. Apabila anda memudahkan pelanggan jadi adalah mudah untuk anda close sales.
Tips Ke Tiga: Design atau pemilihan template yang sesuai dengan perniagaan anda. Ada beberapa template sedia ada yang mungkin sesuai dengan produk anda. Contohnya jika blog perniagaan kain tudung adalah lebih baik jika header pada blog anda ditukar dengan gambar-gambar wanita yang cantik bertudung. Pemilihan background yang betul juga penting bagi memastikan gambar-gambar produk anda “emboss”.
Tips Ke Empat: Selesai sahaja anda memasukkan pelbagai produk yang ingin anda jual pastikan anda menyediakan prosedur pembelian dan penghantaran produk yang lengkap dan tersusun. Jangan lupa berikan maklumat pembayaran yang tepat dan letakkan no phone atau alamat anda yang memudahkan pelanggan untuk menghubungi atau menemui anda. Jika perniagaan anda sah mengapa segan untuk berkongsi perkara asas yang menambah keyakinan pembeli?
Tips Ke Lima: Memasukkan chatbox ke dalam blog perniagaan mampu membantu anda berkomunikasi secara efisien bersama bakal pelanggan. Namun percayalah chatbox anda akan penuh dengan spammer yang turut mempromosikan produk mereka. Anda boleh delete link sebegitu dan pastikan anda membalas response secepat mungkin. Ini menunjukkan anda memberikan komitment terhadap laman web tersebut.
Tips Ke Enam: Sentiasa membuat promosi bulanan ataupun promosi sempena kelahiran anak, ulang tahun perkahwinan,hari bapa,hari ibu,kemerdekaan,tahun baru,perayaan dan sebagainya. Saya mengambil contoh SOGO, setiap bulan sentiasa ada sales even time recession pun berpusu-pusu kaum wanita bershopping sakan disana. Jadi pembeli mmg sukakan SALES!SALES!..POTONGAN HEBAT!.
Sejujurnya saya tidak pernah menjual produk menggunakan blog perniagaan blogspot tetapi memang sakan memborong produk-produk yang dijual oleh peniaga kecil menggunakan blogspot. Saya berkongsikan tips yang saya lihat banyak digunakan oleh beberapa orang peniaga kecil yang berjaya dengan hanya menggunakan blogspot.Malahan pendapatan mereka mencecah RM10k sebulan!
Tidak dapat dinafikan ada diantara mereka yang sudah memindahkan laman web jualan utama mereka ke platform jualan yang lebih senang untuk diuruskan dari segi pembayaran dan penyenaraian produk seperti ZenCart, OSC dan Wordpress Cart. Namun, blogspot merupakan platform yang sangat membantu peniaga kecil mengembangkan perniagaan mereka secara online. Tahniah kepada peniaga kecil yang membuatkan saya tersenyum ketika menulis post ini.
Comments (7)













info yang berguna..ramai lagi yang tak tau pasal nakbina perniagaan internet menggunakan blog nie…Salam kenalan di dunia online…semoga dunia blogging malaysia semakin maju…tahniah…
Ya saya setuju, hari ini ramai orang dah terbuka mata dan minda. Yang belum terbuka tu, jangan asyik tutup mata je, susah nak nampak jalan.
kak..kang add ym saya..saya Padang Jawa mari..tau ka??ngeh2..nak bookmark post ni
Salam.
TQ..boleh digunapakai ni tip ni..menarik..
Memang betul blogspot boleh dijadikan tempat jual barang.
Sebab ia mudah berbanding sistem kedai online yang menggunakan shopping cart.
Namun, perlu ingat bahawa seperti yang dikatakan design blog amat penting.
info yg berguna..TQ
salam…..
terima kasih kerana memberi tip yg berguna ni.sekurang-kurang nya sy dapat mempelajari sesuatu yg baru disini.