Pakej Tutorial Sistem Autoresponder

August 19, 2009 by manual

Bagi mereka yang telah membaca ebook percuma saya iaitu Manual Newbie mungkin “terperasan” dengan istilah sistem autoresponder yang sering saya ulang di dalam ebook tersebut. Sistem autoresponder sering kali di lihat sebagai satu sistem yang terlalu mahal untuk di miliki ataupun terlalu kompleks untuk di pelajari.

Disini saya ingin kongsikan pengalaman saya sendiri ketika kali pertama menyewa sistem autoresponder Aweber. Ketika pertengahan tahun 2006 Aweber merupakan antara sistem autoresponder paling dikenali dan mempunyai pegangan pasaran autoresponder tertinggi. Rata-rata usahawan internet tidak kira antarabangsa atau tempatan menggunakan Aweber sebagai sistem autoresponder mereka.

Bagi yang masih “blur” tentang istilah sistem autoresponder ini, anggap sajalah sistem ini sebagai “setiausaha maya” yang perlu dimiliki bagi memudahkan urusan perniagaan dan juga mengurangkan kos buruh.

Sistem autoresponder hakikatnya lebih daripada “setiausaha maya” namun buat masa sekarang penggunaannya lebih sinonim dengan istilah “setiausaha”. Kali pertama saya mengenali perniagaan internet saya kagum apabila saya membeli produk digital, penghantaran produk di lakukan dalam tempoh yang singkat meskipun ketika itu jam sudah menunjukkan 4 pagi. Di kepala saya semasa itu penuh kekaguman betapa bagusnya penjual produk ini sentiasa bersedia tidak kira siang malam untuk menghantar produk digital yang di tempah. Ya..Begitu daifnya saya sehinggalah saya mengenali apa itu “sistem autoresponder”.

Sistem autoresponder sentiasa seiring dengan pemasaran email, dimana rata-rata usahawan internet sentiasa menekankan kepentingan memiliki senarai email dalam perniagaan internet. Namun sebelum anda mengetahui berkaitan pemasaran email anda juga perlu mengetahui sistem apakah yang digunakan untuk mengumpul email bakal pelanggan anda. Bagi mereka yang masih keliru akan terus membeli beribu-ribu senarai email yang sudah lapuk dan menghantar spam kepada email-email yang dibeli ini. Hakikatnya itu merupakan teknik pemasaran email yang salah malahan anda akan mengalami kerugian jika email anda dilabel sebagai spam. Kebiasaannya tidak ramai yang akan membuka tab “spam” tambahan pula dari email yang tidak dikenali!

Jadi mengapa tidak memilih jalan yang “bersih” untuk menjana wang yang lebih “berkat”?

Alhamdulillah bulan ini Pakej Tutorial Sistem Autoresponder dapat di terbitkan oleh pemilik asal Mohd Amirol. Sebenarnya sudah berkulat juga saya menunggu produk ini, namun penantian saya tidak sia-sia kerana seperti biasa hasil kerja Mohd Amirol memang berkualiti tinggi dan menepati keperluan sebenar seorang usahawan internet.

Tidak dapat dinafikan kenaikkan harga pakej autoresponder sejak akhir-akhir ini memberikan beban yang berganda kepada usahawan internet tidak kira antarabangsa atau tempatan. Ada yang terpaksa berpindah ke penyedia sistem autoresponder yang lebih murah bagi menampung kos autoresponder setiap bulan. Malahan tidak kurang juga yang terpaksa menamatkan akaun mereka kerana tidak sanggup menanggung kos yang melebihi dari keperluan sebenar.

Jadi terima kasih kepada Pakej Tutorial Sistem Autoresponder, kini anda mampu memiliki sistem autoresponder anda sendiri tanpa sebarang bayaran tambahan.

Apakah kelayakan untuk memiliki produk Pakej Tutorial Sistem Autoresponder ini?

Oh..Anda perlulah memiliki hosting dan domain anda sendiri..Selainnya..Pakej Tutorial Sistem Autoresponder akan tunjukkan kepada anda betapa mudahnya dengan menggunakan sistem autoresponder PERCUMA anda kini boleh mengumpul senarai email anda sendiri.

Dapatkan 2 bab percuma Pakej Tutorial Sistem Autoresponder disini (Klik pada banner):

Share and Enjoy: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • del.icio.us
  • Netvouz
  • DZone
  • ThisNext
  • MisterWong
  • Wists

Comments (6)

 

  1. Fatin Pauzi says:

    Catz, kalau pasang script ni, kat mane2 hosting pun boleh ek?

  2. Zairi Zaidi says:

    Boleh la…
    Rasanya skrip ni lebih canggih

  3. taukey says:

    mgkn fauzi bertanya mengenai samada script ni boleh dipasang kat mana mana hosting sebab takut kena suspended. hehehe itu jer kot.

    persoalan sekarang hosting mana yang membenarkan kita install script ini tanpa mengalami masalah kena suspended oleh pihak hosting

  4. manual says:

    Kebanyakkan hosting support kita install script ni..cuma apabile dah reach 500 email tu bolehlah upgrade hosting ke VPS/dedicated..kerana penggunaan resource semakin tinggi. Ini adalah alternatif/back up sistem autoresponder bagi mereka yg merasakan sistem berbyr terlalu memerlukan komitment wang ringgit anda

  5. Adney says:

    saye yakin ini memang produk berkualiti dari saudara amirol.. tapi tu la kan.. risau je nak install.. maklumlah .. gune share hosting jer.. huk huk

  6. Shuhail says:

    Salam catz..saya dah beli produk ni 3 hari lepas, tapi masih takde respon email untuk link download. Could you please help? Thx!

Leave a Reply