Pemasaran Internet untuk Bisnes Kecil – PWTC
April 23, 2009 by manual
Hari ini saya ke PWTC untuk bersama-sama rakan yang lain untuk Seminar Pemasaran Internet di Bilik Seminar Kedah/Johor. Saya datang ke PWTC hari ini dengan menaiki komuter dari Shah Alam ke PWTC. Saya turun di stesen Putra dan berjalan dalam 10 minit ke PWTC. Sebenarnya ini pertama kali sy turun di Stesen Putra. Pada hari sabtu lepas saya membawa anak saudara saya ke PWTC..Wow..tak menang mulut nak tolak pelawaan penjual produk pembelajaran untuk kanak-kanak.
Jadi, hari ni saya pergi bersendirian kerana mendapat jemputan untuk memberikan talk selama 30 minit oleh Saudara Zamri. Terima kasih kepada Saudara Zamri kerana memberikan saya peluang menerangkan lebih lanjut berkaitan dengan pemasaran menggunakan minisite. Meskipun 30 minit itu tidak cukup untuk memberikan gambaran keseluruhan terhadap pemasaran minisite, namun saya pasti gambaran asas terhadap pemasaran minisite sudah ada di dalam pemikiran peserta seminar percuma tadi.
Seminar tersebut turut dihadiri oleh beberapa orang rakan internet marketing sama ada sebagai speaker ataupun peserta. Antaranya ialah Sabri, Irwan Dahnil, Robotys, Azzah, Azree, Yus, Bagak, Najib,Fairuz,erm…ramai lagi..tp tak mampu sy nak sebut satu2. Maaf kalau ada nama yang tertinggal.
Seminar ini lebih menarik dengan beberapa topik lain seperti:
Pemasaran melalui Google Adwords oleh Robotys
Sistem Kedai Online dengan Zencart oleh Sabri
Sebenarnya perkara paling menarik yang saya lihat semasa seminar ialah response dari peserta. Ya..Sabri sendiri mengatakan matlamat beliau pada petang tadi tercapai..lebih kurang 50% membuat keputusan untuk mendapatkan buku ZenCart beliau..Tahniah! Sabri.
Manakala Zamri seperti biasa, even kalau berborak kami memang sentiasa mencari point untuk mengenakan satu sama lain tetapi semasa memberikan talk beliau seorang yang berkarisma dan bersahaja. So, sbb tu semua soal jawap saya serahkan kepada penulis buku Internet Marketing Untuk Bisnes Kecil ini. Semasa minum petang, saya berkumpul bersama beberapa orang rakan IM yang tidak reti-reti nak balik kerana nak memborong buku. Jadi minum petang kami bersama MD PTS membincangkan topik yang agak mengancam minda pemikiran kami sebagai internet marketer. Thanks En. Arieff kerana membuatkan saya berfikir normal dalam kesayupan petang2 begitu.
Sy sampai di rumah pada pukul 8.31 pm menumpang Irwan balik..Thanks ID..
Bagi mereka yang masih belum melawat ke Pesta Buku Antarabangsa, cepat2 lah ambil kesempatan yang ada ni.
Comments (5)













YAA..tambah lagi kalau dapat buku percuma
rugi siapa tak pergi..
Peh, smlm memang best.
Pasnih klu ader sesi lepak2 sembang2 ngan IM lain roger me… pasti datang!
[...] Semalam (Ahad, 26 April) saya berpeluang untuk memberi talk ringkas berkenaan topik SEO untuk Wordpress di Bengkel Wordpress anjuran kawan seperjuangan saya, Cazter. [...]
Aduhai, migrain aku dengar perkataan karisma tu.
Hahahah
Terima kasih Catzer sempat juga kita sembang. Memang best jumpa IM di Malaysia ni, sumenye humble+low profile, tapi bila bercakap penuh dengan isi yang menebal. Alamak templte kita sama la, saya rase amek dari versi free donlod. Tak ingat dari sumber mana. Takpe ke?