Perniagaan Internet Scam?
April 2, 2009 by manual
Hari ini saya bermain pingpong bersama beberapa orang kenalan online, alhamdulillah skill permainan masih ada jadi tidak lah kaku di meja pingpong tu kena smashed dengan pakar2. Baiklah post kali ini tertumpu kepada penyataan dari seorang rakan yang saya kenali secara online. Saya sama sekali tidak menyalahkan beliau apabila dengan tidak semena-mena perbualan rancak kami berubah menjadi tegang hanya kerana isu perniagaan internet.
Perniagaan internet memang sentiasa di label scam kerana kecuaian pihak tertentu yang terjerumus dalam skim cepat kaya, program yang tidak beretika, skim MLM yang menyalahgunakan pemasaran online, dan pelbagai lagi yang menyebabkan ramai rakyat Malaysia kerugian berbillion ringgit pada tahun lepas. Namun untuk melabelkan 100% perniagaan internet ialah scam adalah tidak wajar apatah lagi kecetekan ilmu yang menyebabkan mereka tersilap langkah dan terus menuding jari tanpa usul periksa.
Paling tidak relevan apabila ada yang bertanyakan tentang pendapatan bulanan, lokasi rumah, jenis kereta yang dipakai, dan segala bentuk kemewahan untuk menilai internet marketer sedia ada. Hakikatnya ramai yang masih tidak boleh menerima ramai internet marketer lebih selesa dengan kehidupan bersederhana dan tidak perlu “show off”. Ini kerana internet marketer merupakan golongan self employed dan business owner yang mampu memilih jalan kehidupan mereka tanpa sifat ketebergantungan terhadap orang lain.
Jadi, adakah perniagaan internet scam? Sejujurnya mereka yang mengeluarkan kenyataan ini merupakan golongan yang mempunyai pengetahuan sifar dalam perniagaan internet. Mereka daif dalam masa yang sama tidak mahu diperbetulkan, jadi sebagai rakan online saya melihat situasi itu hanya membuang masa. Saya biarkan dia terkapai-kapai kelemasan bersama egois seorang manusia. Mungkin dia tahu kebenarannya namun tidak mahu menjilat ludah sendiri.
Perniagaan internet sangat luas dan boleh diguna pakai dalam apa jua bidang yang anda ceburi. Namun jangan tertipu dengan sebarang program yang menjanjikan pendapatan yang lumayan dalam tempoh yang singkat. Akhir kata, bukalah minda anda untuk menerima perniagaan internet sebagai satu peluang untuk anda menambahkan pendapatan.
Comments (3)













Perniagaan internet adalah SCAM sekiranya disalah gunakan.Pendapat tersebut adalah benar. Namun, ia bukan bermaksud semua perniagaan internet adalah SCAM. kesian juga ya kat kenalan online anda yang berfikiran macam itu.
p/s:dan saya sangat2 tak setuju jika IM perlu tunjuk sume kekayaan atau aset yang dimiliki. sepupu saya seorang jutawan “CJ”, income dalam euro, tetapi masih memakai henpon nokia 3315 dan suka memakai proton Waja. Pakaian pun dia lebih suka beli kat giant aje
betul tuh Rizal,ader yg kiter tak sedar dah buat pun income 6 angka sebualan dari Clickbank tapi tak show off atau pun beli satu Ferrari dan duduk diam2 je,carry on kumpul kekayaan senyap2….
Itulah..saya sendiri rasa ramai yang amik kesempatan menggunakan screenshot yang tak seberapa tu (entah sape punya mereka rembat) untuk meningkatkan kredibiliti menggunakan pendapatan orang lain.