Rumusan Bengkel Wordpress di Besut
August 10, 2009 by manual
Bengkel Wordpress melangkau langkah ke Pantai Timur pertama kalinya pada 8 Ogos yang lepas. Perjalanan yang mengambil masa 6 jam sememangnya berbaloi meskipun ini merupakan kali pertama team Bengkel Wordpress menganjurkan bengkel wordpress di luar kawasan Selangor dan Kuala Lumpur. Kami sampai ke rumah saudara Kasyidi, penganjur Bengkel Wordpress di Besut lebih kurang pukul 4.30 pagi.
Saya mengambil kesempatan untuk online dan mendaftarkan domain dan hosting untuk peserta pada pagi itu. Meskipun keletihan dan matapun tak mampu nak buka tapi demi memastikan bengkel wordpress berjalan dengan lancar saya tahan biji mata dengan bantang mancis
. Alhamdulillah pendaftaran domain dan hosting selesai.
Bengkel Wordpress kali ini dihadiri bukan sahaja dari Terengganu malahan warga Johor dan Penang juga turut serta. Tahniah buat peserta bengkel wordpress di Besut yang pro aktif bertanya dan memberikan response yang baik dengan modul bengkel yang kami sediakan. Meskipun pada awalnya saya sedikit risau kalau-kalau peserta tidak memahami apa yang ingin disampaikan maklumlah sy ni kalau “kecek kelate” bunyi mcm orang siam.
Meskipun ada beberapa masalah berkaitan internet connection..Ya..mana2 tempat pun masalah utama ialah internet connection..maklumlah tahap kestabilan internet di Malaysia ni masih chokia lagi..heheh..walau bagaimanapun saya bersyukur kerana line internet di sini lebih bagus dari semasa bengkel ke 3 kami di KL hari tu.
Ketika bengkel berlangsung hujan turun dengan lebatnya..masa tu dah masuk part Alang bagi talk berkaitan dengan vblog dan autoblog. Extra informasi dari Alang membantu peserta untuk mengaplikasi kan semula apa yang telah saya tunjukkan pada modul-modul terawal semasa sesi saya.
Sebenarnya banyak yang ingin saya kongsikan bersama pembaca namun dek kerana sakit perut yang tidak hilang-hilang lagi ni menyebabkan otak saya tak mampu nak mengarang lebih panjang lagi post kali ini.
Walau bagaimanapun pemergian kami ke Besut untuk mengadakan Bengkel Wordpress memang suatu keputusan yang betul, dan menepati misi sebenar kami untuk mengembangkan maklumat berkaitan memperkembangkan perniagaan internet dan blogging menggunakan Wordpress.
Bagi mereka yang berminat untuk menjadi penganjur Bengkel Wordpress di kawasan anda, bolehlah menghubungi saya melalui email ini:
![]()
Disini sy kongsikan beberapa keping gambar semasa kami disana..Sebenarnya tak sangka ramai plak peserta yang malu-malu kucing untuk bergambar..ada yg larik jauh dan buat-buat busy..heheh..oklah tak boleh nak paksa kan..hehehehe..Seronoknya selepas habis bengkel kami lepak makan ikan bakar..yummy2..boss belanja


Comments (9)













tahniah atas penganjuran.InsyaAllah aku pun kalo ade masa dan bajet nak join juga
wah meriah-meriah, malu2 kucing ye..kena minum teh misai kucing hoho
apa pun ramai yang berminat dengan bengkel ni, gud luck
Wow bagus
salam,
bila nk buat seminar kat area Utara pulak?
ai,8hraibulan ker???bukan ker 1ogos arituh kursus?demam sakit perut sampai tertukar tarikh ker sis???aiyaaakkkk
Wah jelesnya tengok korang..masih banyak lagi ‘keajaiban’ wordpress yang aku nak tau..kalau ler aku boleh join bengkel tu sama kan best
masa belum mengizinkan..
Salam,
Tahniah,berjaya dengan selamat atas apa yang di rancangkan.Alhamdulillah.Jay Bee cukup korem nak dtg tak? jangan serik yang dulu…
Aiyak..tersalah tulis tarikh plak..heheh..apapun sy tak pernah serik dlm berkongsi ilmu dan rezeki bersama kawan2 yang lain..
memang nak join, tapi tak dapat cuti…memang saya rasa frustrated pun ada dan rugi besar sememangnya menghantui minda. Saya pernah datang Kuala Terengganu 2 kali tahun lepas, stay kat Primula Hotel…nice place to visit….bila dan dimana kiranya next bengkel??