Study Case Problogger

March 17, 2009 by manual

Salam,

Semalam saya telahpun membuka thread khas untuk study case problogging. Bagi 3 orang yang di pilih untuk menyertai program apprentice Problogger sila mendaftarkan diri di forum Wangcyber dan kita akan sama-sama berkongsi pengalaman dan pengetahuan di thread ini:

Study Case: $1000 Sebulan Sebagai Blogmaster

Meskipun ada yang bertanya apakah keistimewaan mereka bila menyertai thread ini? Hakikatnya saya bukanlah magician yang boleh menjadikan anda Pro blogger dalam masa kurang 3 bulan. Thread ini saya bina bagi memastikan komitment dan juga anda bukan sahaja boleh menimba ilmu bersama saya malahan beberapa lagi rakan ProBlogger saya di forum WC. Mungkin ada yang was-was dengan keupayaan saya untuk memberikan ilmu kepada mereka kerana saya tidak pernah berkongsi sebarang screenshot pendapatan saya secara online sama ada dari pelbagai program, servis ataupun jualan produk. Saya minta maaf kerana sebagai seorang insan biasa saya mempunyai pendirian untuk tidak membina nama saya melalui screenshot. Malahan screenshot ini bakal menimbulkan masalah kepada saya di masa hadapan dengan isu fake screenshot dan sebagainya. Jadi berapa pendapatan bulanan saya sebagai salah seorang blogger dan internet marketer biarlah RAHSIA.

Ini kerana saya lebih suka dinilai dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman yang telah saya kongsikan bersama anda. Namun terpulang pada anda sama ada sekadar ingin bekerja sendiri ataupun sebagai pemilik perniagaan.

Terima kasih

Ikhlas,

Catzer

Share and Enjoy: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • del.icio.us
  • Netvouz
  • DZone
  • ThisNext
  • MisterWong
  • Wists

Leave a Reply