Tahniah Bengkel Wordpress!
June 17, 2009 by manual
Sebenarnya bengkel wordpress di kawasan Selangor/KL telahpun tamat pada hari sabtu lepas, namun dek kerana kesibukan menyelesaikan beberapa tugasan yang tertangguh sepanjang minggu lepas pada minggu ini membuatkan saya terlambat membuat post berkaitan dengan Bengkel Wordpress. Namun anda boleh membaca beberapa penulisan berkaitan bengkel wordpress sesi ke 3 ini di blog beberapa orang rakan niaga saya:
Meskipun permulaan bengkel memang banyak masalah yang muncul di sebabkan tempat training “indah khabar dari rupa”. Namun segalanya kesilapan saya kerana tidak membuat fully inspection terhadap tempat training. Maklumlah dari segi luaran ibarat sebuah istana tetapi bila dah berada dalam tu barulah tau dimana kurang dan jeleknya. Saya harap pihak tersebut mampu menaiktaraf infrastucture mereka ke arah permodenan IT yang sejajar dengan keperluan pengguna sekarang. Contohnya, gunakanlah mouse yang ada scroller,pastikan computer menggunakan OS terkini, air cond hendaklah sentiasa diselenggara, sediakan technician backup sepanjang hari, dan byk lagi perkara yang perlu di ambil kira. Ramai yang bertanyakan pendapat saya selepas menggunakan tempat training tersebut dan sejujurnya pihak penyedia training dah rugi besar dengan feedback yang telah diberikan oleh ramai penyewa.
Namun, team kami tidak sesekali kalah kepada keadaan. Meskipun berpeluh ibarat lari 30km menyelesaikan permasalahan yang sepatutnya di tangani oleh pusat training, namun bengkel tetap di teruskan dengan serba kekurangan. Kami berusaha sehabis baik berkongsi ilmu dan membantu peserta agar mereka pulang tanpa tangan kosong. Bengkel yang bermula lewat sejam lebih berakhir lewat petang. Maaf kepada peserta bengkel wordpress sesi ke 3 ini diatas kekurangan dibhgn infrastructure, pengalaman ini tidak akan saya lupakan dan bakal mencetuskan idea yang lebih baik di masa hadapan. Insya-Allah.
Pulang dari bengkel, saya “koma” dan perlukan “refill energy”. Alhamdulillah saya bersyukur meskipun bengkel kali ini tidak menepati matlamat saya namun ramai peserta berpuas hati dengan perkongsian ilmu sepanjang bengkel.
Terima kasih kepada peserta bengkel yang hadir pada kali ini, dan Insya-Allah sebelum bulan puasa ini bengkel wordpress ini akan menjelajah ke bumi Pantai Timur pada 1 Ogos 2009. Saya sudah lama berniat untuk kesana menemui beberapa orang rakan. Jadi bagi mereka yang berada di Pantai Timur, boleh merujuk kepada laman web utama bengkel wordpress untuk mengetahui lokasi bengkel di Pantai Timur pada Ogos ini.
Disini sy kongsikan gambar peserta-peserta bengkel Wordpress sesi 3:

Comments (3)













anggap aa ni sebahagian daripada liku2 kehidupan… uiceh… camtu skali…
hmm….kat melaka ni bila lagi nak buat?hotel2 kat area Ayer Kroh tu terutamanya MITC tu ader infrastruktur yg best.Sayer dah pegi maser luncheon talk 2007 dulu.mmg besar siot dewan dier….boleh buat kat situ n yg penting sekali survey first tempat tu dulu.
Insya-allah kami akan berusaha untuk menyebarkan ilmu ni dimana ada permintaan disitu kami akan pergi.
Eizil..Melaka..ada berani?