Tips Memilih Perniagaan Internet

September 14, 2009 by manual

Jika anda lihat tajuk saya kali ini adalah agak berat untuk sy hasilkan. Boleh dikatakan pada skala 10 ianya di kategorikan 9/10 pada skala kesukaran dan kerumitan menghasilkan posting. :)

Sedia maklum sy bukanlah pakar dalam bidang perniagaan internet, namun berdasarkan pengalaman yang tak seberapa ini mungkin boleh membantu rakan-rakan yang lain yg masih terkapai-kapai untuk memulakan perniagaan internet mereka. Tips ini meliputi perniagaan internet dan bukannya program buat duit di internet. Saya harap pembaca blog sy dapat membezakan antara perniagaan internet sebenar dan juga program buat duit di internet.

Tips paling penting dalam memilih perniagaan internet bergantung kepada produk/servis yang anda pilih dan anda mahu tawarkan kepada pasaran. Jika sebelum ini anda merupakan seorang penjual produk berasaskan kesihatan maka anda boleh memulakan perniagaan internet yang berkonsepkan khidmat nasihat kesihatan dan dalam masa yang sama anda boleh menawarkan produk jualan anda. Ini kerana bergantung kepada pasaran anda mungkin ada golongan yang malas atau tidak mampu untuk mendapatkan khidmat nasihat dari doktor yang pakar. Jadi jika anda merasakan anda dapat membantu mengurangkan tekanan pesakit dengan memberikan khidmat nasihat percuma maka anda sudah membuat pilihan perniagaan internet yang tepat!

Tips kedua sebelum anda memilih sesuatu perniagaan internet ialah adakah perniagaan anda ini mempunyai permintaan dalam jangka masa yang lama ataupun singkat. Ini sangat penting kerana memiliki perniagaan internet yang hanya wujud pada masa-masa tertentu sahaja adalah satu kerugian dan membuang masa anda untuk mencari pelbagai perniagaan internet yang lain pada masa hadapan. Kita perlu ingat bahawa perniagaan memberikan makna satu tempoh yang panjang dan bukan dalam tempoh yang pendek. Perniagaan yang mempunyai tempoh sah laku hanya boleh dijadikan perniagaan sampingan dan bukannya perniagaan utama anda. Contohnya jika anda menawarkan khidmat nasihat kesihatan, jadi pada bulan tertentu seperti di bulan puasa anda boleh menawarkan produk berkonsepkan tahan lapar kepada mereka yang sering mengalami gastrik semasa di bulan puasa.

Tips seterusnya ialah modal perniagaan internet yang ingin anda jalankan. Kadang kala  masalah modal menyebabkan ramai yang tidak berminat untuk menceburi perniagaan internet, walaupun hakikatnya jika mengikut aliran yang betul kos untuk anda memiliki perniagaan internet menghampiri sifar. Modal perniagaan internet sememangnya tidak sebanyak modal yang diperlukan untuk memiliki perniagaan konvensional. Anda tidak perlu membayar deposit untuk memiliki nama domain dan hosting, malahan tiada komitment bayaran bulanan yang sangat memeritkan (bergantung kepada pakej pembayaran hosting yang anda pilih). Kos untuk membayar website developer biasanya sangat berpatutan dan ianya tidak semahal anda membayar contractor untuk membuat pengubahsuaian kedai/pejabat anda.

Rasanya 3 tips asas ini sering diperkatakan oleh banyak pihak namun dek kerana kerakusan dan tidak sabar kita selalu salah memilih jalan dalam memiliki perniagaan internet kita. Saya harap tips ini dapat membantu bakal usahawan internet menilai semula perniagaan internet yang bakal mereka jalankan dan seterusnya memilih perniagaan internet yang betul-betul berpotensi memberikan pendapatan yang tetap minimum dalam tempoh 3 tahun. Insya-Allah.

Share and Enjoy: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • del.icio.us
  • Netvouz
  • DZone
  • ThisNext
  • MisterWong
  • Wists

Comments (5)

 

  1. Zairi Zaidi says:

    Yer…
    Betul betul betul

  2. Hadinur MS says:

    Artikel yg menarik beserta tips yg bagus… :-)
    Menjawab sedikit persoalan bagaimana utk memilih perniagaan internet.

    Tq for sharing…

  3. Fauzi says:

    terima kasih sis… perbezaaan perniagaan internet dan juga program buat duit di internet memang keliru jika x amati dan faham ngan betull.. thanks again sis for the tips.

  4. kodinz says:

    bab modal tu yang selalu jadi masalah. Orang selalu nampak duit jer. Tapi rasanya duit ciput pun x de masalah. Ada lagi modal lain yang boleh guna. Belajar dan usaha buat sendiri sesetangah benda, x yah kuar duit. tapi makan masa la. hehehe

  5. azlan says:

    walaupun post ni dh lame, saya nk komen gak dh alang2 baca..

    terimakasih untuk perkongsian..

Leave a Reply