Tutorial Filezilla Untuk Newbie Part Satu
January 25, 2010 by manual
Tutorial ini ditulis untuk mereka yang berminat untuk mengetahui bab asas berkaitan dengan Filezilla. Filezilla digunakan untuk download dan upload fail dari server ke computer anda ataupun sebaliknya. Melalui tutorial ini saya berharap ianya dapat membantu pihak yang memerlukan pengetahuan asas berkaitan Filezilla. Sebenarnya ada beberapa kemahiran penggunaan filezilla telahpun sy kongsikan di dalam ebook percuma saya di Manual Newbie namun sedia maklum ramai yang tidak membacanya dan hanya memuat turun, malahan lebih mudah bertanya secara langsung dari membelek ebook saya yang tidak bernilai di mata mereka. Maklumlah ebook percuma
APAKAH FTP?
Ftp singkatan kepada File Transfer Protocol dan merupakan teknik yang digunakan untuk menghantar fail secara selamat dari satu computer ke satu computer yang lain melalui server. Dengan mengetahui bagaimana konsep asas memindahkan fail melalui FTP, ianya akan memudahkan webmaster yang perlu melakukan aktiviti memindahkan banyak fail dalam satu tempoh tertentu setiap hari.
APAKAH LAMAN FTP?
Analogi paling sesuai untuk membayangkan laman FTP ialah dengan menganggapnya sebagai kabinet fail sama seperti yang berada di dalam pejabat atau rumah anda sekarang. Fail di label dan di susun bergantung kepada mereka yang menguruskan fail-fail tersebut. Sesetengah fail di label sebagai privasi dan hanya boleh dibuka oleh PIC (person in charge). Kadang kala semua fail boleh diakses oleh sesiapa sahaja. Perkara yang sama berlaku di laman FTP, dimana PIC ialah webmaster itu sendiri. Ya..Anda
Pencipta atau pemilik laman FTP mempunyai kuasa memberikan akses fail kepada sesiapa yang mereka mahu. Contohnya, untuk memasuki laman FTP kesemua pengguna memerlukan id yang kebiasaannya diset kan sebagai ‘anonymous’ dan password. Jika laman FTP itu tidak dibuka untuk kegunaan umum, pemilik akan memberikan user ID yang unik dan password kepada setiap orang yang dibenarkan untuk mengakses fail tersebut.
Laman FTP yang membenarkan akses anonymous selalunya membenarkan anda mendapatkan fail tanpa memerlukan sebarang username dan password. Apabila anda mendownload mana-mana fail dari internet, sebenarnya anda menggunakan anonymous FTP akses tanpa anda menyedarinya.
Kebanyakkan akaun hosting membenarkan pemilik akaun memiliki ftp akaun. Menggunakan fungsi ini, webmaster boleh menentukan kumpulan atau individual mana yang dibenarkan mengakses fail dan mengupload/download sebarang fail ke hosting milik beliau.
FTP CONNECTION:
Terdapat 2 cara untuk membuat FTP connection, salah satu darinya ialah menggunakan browser seperti IE dan FF,manakala satu lagi ialah dengang menggunakan perisian FTP program yang dipanggil sebagai FTP client. Saya tidak berapa menggalakkan penggunaan cara pertama kerana proses mengambil masa agak lama dan fail anda didownload/upload dalam keadaan yang tidak selamat.
Dengan menggunakan FTP client, proses akan menjadi lebih mudah dan selamat, ini kerana beberapa fungsi tambahan di dalam perisian ini membolehkan fail yang ingin didownload/upload boleh di sambung semula jika berlaku masalah internet connection dan anda boleh memindahkan fail dalam kapasiti yang besar.
bersambung….












