Tutorial Pengenalan Dashboard Wordpress

March 20, 2009 by manual

Salam,

Syukur kepada Allah sebab semalam dpt saya siapkan tutorial berkaitan dengan pengenalan asas dashboard woprdress versi 2.7. Saya masih belum menaik taraf kebanyakkan laman web saya ke 2.7.1 kerana tidak berkesempatan meskipun saya hanya menggunakan auto upgrade plugin. Biasalah bila ada lebih dari 5 blog dan sibuk dengan persiapan bengkel wordpress banyak benda yang terpaksa di hold dahulu.

CMS Wordpress sememangnya sering dipandang mudah atau “enteng” oleh sesetengah pihak kerana simple coding dan juga merupakan pesaing baru bagi CMS sedia ada. Dari persepsi saya, tidak ada lebih atau kurang sesuatu CMS tu melainkan kekurangan itu datangnya daripada diri kita yang tidak mahu mendalami pengetahuan berkaitan CMS yang mudah. CMS Wordpress dibina berkonsepkan blog jadi tidak hairan jika ramai yang menolak kehadiran Wordpress masuk ke dalam kategori CMS.

Apa itu CMS?

CMS atau Content Management System (Sistem Pengurusan Kandungan)  ialah sebuah perisian komputer yang menguruskan kandungan. Sebuah CMS menguruskan pelbagai dokumen dan kandungan yang lain seperti imej dan sumber-sumber multimedia. CMS kebiasaannya digunakan utk mengurus, menyelenggara kandungan dan perkhidmatan dalam talian serta lain-lain fungsi lagi yang membolehkan sesebuah halaman web itu berfungsi lebih dinamik & interaktif.

Kerana perasaan “cinta” yang mendalam terhadap Wordpress saya mengambil kesempatan iniuntuk berkongsi video tutorial ini bersama rakan-rakan yang lain. Orang ckp tak kenal maka tak tak cinta, so ada baiknya jika kita berkenalan dengan pusat kawalan Wordpress dahulu:

Share and Enjoy: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • del.icio.us
  • Netvouz
  • DZone
  • ThisNext
  • MisterWong
  • Wists

Comments (2)

 

  1. Niijiusan says:

    huh, ni yang sya cari. hehe, baru nk start blog guna wordpress, sebelum nh guna blogger je. baru nk mula blogging secara pro. bila dh siap semua, setup wordpress susah lak rasanya. huhu~

  2. hashim says:

    satu usaha yang perihatin.Tq

Leave a Reply